TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DI SABAH
Hello..mungkin anda belum pernah ke sabah dan belum mengetahui tempat-tempat perlancongan yang terdapat di Negeri di bawah Bayu,atau lebih di kenali sebagai Negeri Sabah.terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di sabah yang harus anda lawati atau boleh anda kunjungi.di sini saya akan menunjukkan tempat-tempat yang perlancongan yang menarik yang boleh dikunjungi atau dilawati di sabah.
GUNUNG TRUSMADI
Gunung Trusmadi ini adalah terletak
di kawasan Tambunan,Sabah dan kalau anda nak tahu gunung ini adalah gunung yang
kedua tertinggi disabah selepas Gunung Kinabalu yang juga menjadi lambang
kemegahan negeri saba.Gunung trusmadi ini mempunyai ketinggi setinggi 2,642
meter atau (8,669 kaki dari aras laut)tinggi kan..
Gunung ini juga mempunyai
hutan Dipterokrap Bukit,hutan Dipterokarp Atas,Hutan Montane dan Hutang
Gunung.yang lebih menarik gunung ini mempunyai banyak Flora yang mempunyai
nilai perubatan.kepada peminat-peminat flora bolehlah datang ke Gunung Trusmadi
ini.
PULAU SIPADAN
Salah satu tempat yang sangat
menarik yang harus dikunjungi adalah Pulau Sipadan. Pulau ini ialah sebuah
pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah,
Malaysia. Pulau Sipadan ini
merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia
daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan
terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba
diving) antara yang terbaik di dunia.bagi peminat scuba di luar sana tempat ini
adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi..waw gitu..!!
Yang lebih menarik lagi J Alam bawah laut
Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan
marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak
dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang
menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk
disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang
menyeronokkan di dunia. Bagi peminat hidupan dalam akuatik datang ke tempat
ini..conform tak rugi punya J….datang
jangan tak datang.
GUNUNG kINABALU
Tempat perlancong ini pastinya tidak
asing lagi bagi kita iaitu Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia
merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang
ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu mempunyai
kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan
Ericaceous atau hutan gunung.
yang tersendiri,antaranya ialah tempat di mana terletaknya bunga terbesar di
dunia iaitu Bunga Rafflesia. Bunga ini menjadi tumpuan setiap pengunjung yang
bertandang ke Gunung Kinabalu ini. Ini kerana keunikan bunga itu sendiri yang
habitatnya hanya di Gunung Kinabalu malahan jenis-jenis bunga tersebut yang
pelbagai dan menjadi kajian sesetengah pakar dari seluruh dunia. Gunung
kinabalu jika dilihat dari jauh, kita hanya membayangkan perjalanan ke
puncaknya yang hanya dihiasi oleh tumbuh-tumbuhan yang hidup menjalar di
kawasan tersebut. Selain itu persekitaran Gunung kinabalu juga boleh mencapai
sehingga serendah 14 darjah selsius dan gunung Kinabalu itu sendiri boleh
mencapai suhu 0 darjah selsius.sejukk tau…
THE TIP OF BORNEO (TANJUNG SIMPANG MENGAYAU)

Salah satu tempat perlancongan yang agak baru dibuka di
sabah iaitu Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of
Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik
pertemuan di antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.
Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh
menyaksikan pemandangan yang mempersonakan,anda juga dapat menikmati tiupan
angin yang sangat menyeronokkan apabila berada di puncak bukit dan anda dapat
melihat batuan yang pelbagaibentuk hasil dari pukulan atau hakisan ombak .Tempat
ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik
di Sabah.
Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat. Para
pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk
sampai ke destinasi dianggarkan selama 30 minit.
PUSAT PEMELIHRAAN ORANG HUTAN
SEPILOK SABAH
Pusat Pemuliharaan Orang Utan
Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.
Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang
semakin pupus di dunia ini.
Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini
dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah
Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah
4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.
Kini terdapat 300 ekor orang utan
yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang)
ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah,
terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok
sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.Bagi mereka yang
ingin melihat orang utan dan bergambar serta beramah mesra dengan orang utan
boleh la berkunjung ke tempat ini.
Ini adalah tempat-tempat yang perlancongan yang boleh dikunjungi oleh anda semua..semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui tempat-tempat perlancongan yang menarik di sabah.Selamat bercuti-cuti Malaysia..














No comments:
Post a Comment