Pakaian Tradisional dan motif dalam penghasilan Kain Tenunan RUNGUS Sabah
Hari ini mari kita mengetahui mengenai pakaian tradisional suku yang terdapat di sabah iaitu suku kaum saya sendiri iaitu suku Kaum Rungus.Suku kaum Rungus merupakan salah satu suku kaum yang terdapat di sabah.Suku kaum Rungus ini majoritinya banyak terdapat di kawasan Daerah Kudat kota Marudu dan Pitas Sabah.
SEJARAH TENUNAN RUNGUS
Suku kaum Rungus terkenal dengan
kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka
adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih
dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.
Suku kaum Rungus memilih hitam
sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya
daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus
yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam
adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
MOTIF DOMINAN DALAM PENGHASILAN KAIN
TENUNAN RUNGUS

Benurunsi – bermotifkan siput dan
kerang.
Binongkok – motif bersumberkan imej
katak.
Binorokidung – motif tema jejak
ular, istilah lain untuk motif ini Rinugading.
Binugang – motif menyerupai burung.
Binutuan – motif yang menyerupai
jalinan kulit kayu.
Inansal – motif bersumberkan pagar.
Inompuling – motif bersumberkan
serampang ikan.
Inugarang – motif menyerupai biawak
atau cicak kecil.
Inumpizos – motif menyerupai ulat
bulu.
Kinadamazam – motif buah kadamazam.
Kiambang Kiapu – motif bunga kayu.
Kinulit – motif bertemakan kulit
pisang.
Lijawan – motif paku pakis.
Linimut – bertemakan imej kumbang.
Linopung – motif bersumberkan ular
sawa.
Linopung do kisorod – motif seperti
ular bersirip.
Livato – motif bersumberkan semangat
atau hantu.
Miniyamban – motif bersumberkan
bungkusan kuih.
Mitotorungak – motif bersumberkan
kemasyarakatan iaitu kelompok.
Monsimuung – bersumberkan imej
semangat atau binatang.
Pinodkimo – bermotifkan kulit tiram.
Sinikuvan – bermotifkan buku benang.
Sinopung – motif bentuk piramid.
Sinubung – motif ukiran kayu yang
dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.
Sinusuk rabung – motif pucuk rebung.
Tinikou Sada – motif ekor ikan.
Tiningulun – motif bersumberkan
bentuk manusia.
Tinolutug – motif segi empat yang
dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou – motif bertemakan burung
merak mengigal.
Tinukad – motif bersumberkan tangga.
Vinalahan – motif bunga rotan
(vakau).
Vinusak – motif bunga-bunga hutan.
Vinusak Kapok – motif seperti bunga
kapok.
1. Berbentuk Orang
2. Berbentuk Semangat atau Hantu
3. Berbentuk Binatang seperti
Cicak/Biawak, Katak, Ular
4. Bersumberkan Geometri seperti
piramid, tangga, pagar5. Bersumberkan Tumbuhan seperti bunga, rotan, rabung
No comments:
Post a Comment