Saturday, 6 August 2016

Universiti Life

Story keHidupan di UNIVersiti


         kehidupan di universiti merupakan satu kehidupn yang penuh dengan cabaran,sepanjang saya bergelar mahasiswa di Universiti Putra Malaysia,Bintulu Sarawak biarpun baru beberapa bulan tapi cara kehidupan di universiti sudah kelihatan dan saya alami.Ada yang baik dan ada juga yang buruknya..tapi semuanya dalam berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik.selagi hidup selagi itu perjuangan harus diteruskan..kALAU MAU BERJAYA haruslah BERUSAHA DENGAN BERSUNGUH-SUNGGUH..berkaitan dengan masalah kehidupan di universiti itu biasalah semua orang akan ada masalah sendri..masalahyang saya hadapi setakat ini x la banyak sangat..bolehhh laaa..masalah yang sering dihadapi selalunya...

DUIT

     Duit selalu menjadi masalah dalam kalangan pelajar universiti(tolak yang kaya raya).selalu merungut x cukup duit la  itu la ini la..kehidupan di universiti bukan seperti di rumah..jadi kena kontrol la cara menggunakan duit jangan la boros sangat..saya tidak la berduit sangat,boleh la cukup cukup makan orang cakap..kalau tidak jimat akibatnya habis la duit..hahahah

HOMESICK

SELALUNYAA...homesick ne berlaku di kalangan wanita-wanita..kalau lelaki emm..ada juga kot..pertama sampai memang rindu juga nak pulang rumah..selepas sebulan da biasakan diri boleh la..kuncinya selalulah bergaul dan bramah mesra bersama kawan kawan..kalau hamya dalam bilik saja seharian tak buat kerja langsung memang rindu saja mw pulang di rumah.

BELAJAR

Ini masalah juga ni..selalunya bila da terlalu bersama kawan-kawan belajar pun malas,kadang-kadang tengok kawan belajar saya pula KRIK2...x tau nak belajar apa..bila da dekat ujian baru terhegeh-hegeh nak belajar..takut gagal juga rupanya..haha..


kehidupan di universiti sangan banyak cabarannya apa yang penting kita harus sentiasa tanya diri kita apa yang harus kita buat semasa berada di universiti samada belajar atau hanya membuang masa menghabiskan duit ibu bapa..yang paling penting kita harus menjaga diri dan pandai menjaga diri..  


TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DI SABAH

TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DI SABAH


Hello..mungkin anda belum pernah ke sabah dan belum mengetahui tempat-tempat perlancongan yang terdapat di Negeri di bawah Bayu,atau lebih di kenali sebagai Negeri Sabah.terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di sabah yang harus anda lawati atau boleh anda kunjungi.di sini saya akan menunjukkan tempat-tempat yang perlancongan yang menarik yang boleh dikunjungi atau dilawati di sabah.









GUNUNG TRUSMADI





Gunung Trusmadi ini adalah terletak di kawasan Tambunan,Sabah dan kalau anda nak tahu gunung ini adalah gunung yang kedua tertinggi disabah selepas Gunung Kinabalu yang juga menjadi lambang kemegahan negeri saba.Gunung trusmadi ini mempunyai ketinggi setinggi 2,642 meter atau (8,669 kaki dari aras laut)tinggi kan..






Gunung ini juga mempunyai hutan Dipterokrap Bukit,hutan Dipterokarp Atas,Hutan Montane dan Hutang Gunung.yang lebih menarik gunung ini mempunyai banyak Flora yang mempunyai nilai perubatan.kepada peminat-peminat flora bolehlah datang ke Gunung Trusmadi ini.








PULAU SIPADAN








Salah satu tempat yang sangat menarik yang harus dikunjungi adalah Pulau Sipadan. Pulau ini ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan ini

merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.bagi peminat scuba di luar sana tempat ini adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi..waw gitu..!!

      Yang lebih menarik lagi J Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia. Bagi peminat hidupan dalam akuatik datang ke tempat ini..conform tak rugi punya J….datang jangan tak datang.





GUNUNG kINABALU






Tempat perlancong ini pastinya tidak asing lagi bagi kita iaitu Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung kinabalu ini memiliki keistimewaannya 
yang tersendiri,antaranya ialah tempat di mana terletaknya bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia. Bunga ini menjadi tumpuan setiap pengunjung yang bertandang ke Gunung Kinabalu ini. Ini kerana keunikan bunga itu sendiri yang habitatnya hanya di Gunung Kinabalu malahan jenis-jenis bunga tersebut yang pelbagai dan menjadi kajian sesetengah pakar dari seluruh dunia. Gunung kinabalu jika dilihat dari jauh, kita hanya membayangkan perjalanan ke puncaknya yang hanya dihiasi oleh tumbuh-tumbuhan yang hidup menjalar di kawasan tersebut. Selain itu persekitaran Gunung kinabalu juga boleh mencapai sehingga serendah 14 darjah selsius dan gunung Kinabalu itu sendiri boleh mencapai suhu 0 darjah selsius.sejukk tau…



THE TIP OF BORNEO (TANJUNG SIMPANG MENGAYAU)







Salah satu tempat perlancongan yang agak baru dibuka di sabah iaitu Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan di antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.

Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan,anda juga dapat menikmati tiupan angin yang sangat menyeronokkan apabila berada di puncak bukit dan anda dapat melihat batuan yang pelbagaibentuk hasil dari pukulan atau hakisan ombak .Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.


Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat. Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30 minit.




PUSAT PEMELIHRAAN ORANG HUTAN SEPILOK SABAH






Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.

Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.Bagi mereka yang ingin melihat orang utan dan bergambar serta beramah mesra dengan orang utan boleh la berkunjung ke tempat ini.


Ini adalah tempat-tempat yang perlancongan yang boleh dikunjungi oleh anda semua..semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui tempat-tempat perlancongan yang menarik di sabah.Selamat bercuti-cuti Malaysia..


Wednesday, 3 August 2016

Pakaian Tradisional dan Motif dalam Penghasilan Kain Tenunan Kaum RUNGUS Sabah

Pakaian  Tradisional dan motif dalam penghasilan Kain Tenunan RUNGUS Sabah

Hari ini mari kita mengetahui mengenai pakaian tradisional suku yang terdapat di sabah iaitu suku kaum saya sendiri iaitu suku Kaum Rungus.Suku kaum Rungus merupakan salah satu suku kaum yang terdapat di sabah.Suku kaum Rungus ini majoritinya banyak terdapat di kawasan Daerah Kudat kota Marudu dan Pitas Sabah.


SEJARAH TENUNAN RUNGUS 

                                            
Suku kaum Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.



Suku kaum Rungus memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.


MOTIF DOMINAN DALAM PENGHASILAN KAIN TENUNAN RUNGUS

  Kain tenunan Rungus adalah penghasilan yang memerlukan kepekaan terhadap alam semulajadi yang dijadikan sebagai panduan dalam mereka cipta motif dan hasil dari kepekaan itu maka lahirlah kain yang dipenuhi dengan berbagai jenis motif sebagai ragam hias pada hasil tenunan tersebut. Kain Tinongkupan yang dihasilkan untuk membuat baju tradisi lelaki memiliki motif yang memenuhi kain tersebut dan penghasilan kain yang amat unik. Motif yang terdapat pada kain tenunan Rungus adalah :








Benurunsi – bermotifkan siput dan kerang.
Binongkok – motif bersumberkan imej katak.
Binorokidung – motif tema jejak ular, istilah lain untuk motif ini Rinugading.
Binugang – motif menyerupai burung.
Binutuan – motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.
Inansal – motif bersumberkan pagar.
Inompuling – motif bersumberkan serampang ikan.
Inugarang – motif menyerupai biawak atau cicak kecil.
Inumpizos – motif menyerupai ulat bulu.
Kinadamazam – motif buah kadamazam.
Kiambang Kiapu – motif bunga kayu.
Kinulit – motif bertemakan kulit pisang.
Lijawan – motif paku pakis.
Linimut – bertemakan imej kumbang.
Linopung – motif bersumberkan ular sawa.
Linopung do kisorod – motif seperti ular bersirip.
Livato – motif bersumberkan semangat atau hantu.
Miniyamban – motif bersumberkan bungkusan kuih.
Mitotorungak – motif bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok.
Monsimuung – bersumberkan imej semangat atau binatang.
Pinodkimo – bermotifkan kulit tiram.
Sinikuvan – bermotifkan buku benang.
Sinopung – motif bentuk piramid.
Sinubung – motif ukiran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.
Sinusuk rabung – motif pucuk rebung.
Tinikou Sada – motif ekor ikan.
Tiningulun – motif bersumberkan bentuk manusia.
Tinolutug – motif segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou – motif bertemakan burung merak mengigal.
Tinukad – motif bersumberkan tangga.
Vinalahan – motif bunga rotan (vakau).
Vinusak – motif bunga-bunga hutan.
Vinusak Kapok – motif seperti bunga kapok.

Walau bagaimanapun, Motif ini dikategorikan mengikut 5 kategori antaranya :

1. Berbentuk Orang

2. Berbentuk Semangat atau Hantu
3. Berbentuk Binatang seperti Cicak/Biawak, Katak, Ular

4. Bersumberkan Geometri seperti piramid, tangga, pagar5. Bersumberkan Tumbuhan seperti bunga, rotan, rabung